'Sakura Itu Milikku'...


      “Kau ni, apa nak jadi?. Dah besar panjang masih lagi perangai macam ni.” terdengarlah satu rungutan di pagi hari di dalam suasana yang suram.

     “Nak kata lembap,ada otak.” rungut Datin Sofia kepada anaknya,Amanda Yuki.

     Cerita ini terjadi selepas Yuki menolak lamaran seorang jejaka tampan dari Jepun. Tambahan lagi, jejaka itu ialah seorang anak bangsawan yang amat terkenal di negara kelahirannya.

     Yuki menolak lamaran jejaka itu kerana hatinya sudah diisi oleh budak lelaki yang menolongnya 10 tahun dahulu. Budak lelaki yang menolongnya semasa dia hampir mati lemas semasa menjalankan penggambaran filemnya yang pertama. Semasa umurnya 9 tahun.

     Walaupun tidak tahu nama budak lelaki itu, Yuki terus mengabadikan rupa budak lelaki itu di dalam fikirannya.

PAPP!!!

     “Aduh, sakitlah mummy.” Yuki merungut.

     “Hah, mengelamun lagi bila mummy cakap.”

 ***

      Pada pukul 10.05 pagi, Yuki telah pun berada ‘Stesyen AMAYU’. Sebuah syarikat yang didirikan oleh papanya atas namanya, Amanda Yuki.

     “Hai,Yuki.” sapa salah seorang pekerja syarikatnya dan juga pembantu peribadi merangkap rakan baiknya sendiri, Maia Sellina.

     “Oh, hai Lin…” balas Yuki.

     “Kau tahu tak. Dengarnya ada seorang pelakon dari Jepun akan bekerjasama dalam filem terbaru ni tau!. Namanya Takumi Tamaki.”

     “Jepun? Cerita apa? Aku tak tahu pun.” Yuki kehairanan.

     “Betul. Tajuk dia ‘Sakura itu milikku’. Aku dengar Kak Sara cakap tadi.” kata Sellina beria.

     “Oh. Jadi,heronya si Takumi ya, Lin?” Balas Yuki acuh tak acuh.

     “Yalah.Heroinnya pula, engkaulah Yuki. Pegang watak Sakura.”

     Alangkah terkejutnya Yuki apabila mendapat tahu watak utama perempuan di dalam filem itu akan diberikan kepadanya.

     “Apa?. Alamak.Macam mana ni Lin?. Pandai pulak aku nak cakap Jepun.” Yuki menggelabah.

   “Hmm.. Kau terima saja lah. Kau kan artis antarabangsa. Setakat Jepun, Korea dan Taiwan tu. Mereka semua kenal kau,Yuki.” kali ini giliran Sellina pula buat acuh tak acuh.

***

     Jam telah menunjukkan pukul 11.36 minit pagi. Keadaan di ‘Stesyen AMAYU’ lebih riuh daripada biasa kerana tetamu istimewa telah pun sampai di sana. Tetamu istimewa itu ialah Takumi Tamaki, seorang aktor yang sedang meningkat naik.

     Keadaan di situ bertambah riuh apabila para peminat Takumi Tamaki ini mula menyerbu dan menunggu di pintu masuk stesyen untuk berjumpa dengannya.

     “Riuh betul. Setakat si Takumi tu. Apalah yang mereka semua gembirakan.” rungut Yuki.

          “Kau ingat mereka tu macam kau ke,Yuki?. Mereka semua bukan artis yang selalu sangat jumpa dengan artis antarabangsa yang lain. Kau tak ingat ke,masa kau baru jadi artis 10 tahun lepas.Sampai kau jadi gagap depan Rosyam Nor?. Tu baru depan Rosyam Nor, tak lagi depan Jackie Chan. Ha, macam tahun lepas dengan Nicholas Teo. Apa cerita?.” bebel Sellina panjang lebar.

     “Lin! Hal Nicholas Teo tu lain eh. Masa tu aku demam lah. Kau ni!.” muka Yuki kemerahan-malu.

     “Haha. Malulah tu. Aku dah agak dah.” Sellina tersenyum lebar.

     Tidak sempat Yuki mengutarakan kata balasnya, dia disuruh untuk menjemput tetamu mereka dan membawanya mengenali stesyen itu dengan lebih dekat lagi.

     “Thank you for coming, Mr. Tamaki.” kata Yuki sambil menguntumkan senyumannya yang professional.

     “Thank you.”

     “Konnichi wa.Hajimemashite. Watashi wa Amanda Yuki to moushimasu. O-genki desu ka?” Yuki menunjukkan skil bahasa jepunnya yang tak seberapa. Sengaja untuk berjenaka dengan tetamunya itu.

     “Hajimemashite. Hai,genki desu. Oh. You can speak Japan?.”

     “Oh, yes. Mmm… Can you speak Malay, Mr Tamaki?.” soal Yuki sengaja menduga.

     “Yes.” Takumi gembira menjawab soalan itu. “10 tahun dahulu,saya pernah tinggal di sini bersama obasan.”

     10 tahun dahulu?. Hati Yuki berebar-debar mendengar jawapan itu. 10 tahun dahulu jugalah dia diselamatkan oleh seorang budak lelaki Jepun yang menarik perhatiannya.

     “Oh. Baguslah kalau begitu, En. Tamaki.” Yuki cuba untuk menyembunyikan perasaannya.

     Setelah diamati dan dilihat semula, jejaka itu memang sedikit mirip dengan budak lelaki yang menyelamatkannya dulu.Mungkinkah ini takdir?. Fikir Yuki. Ah. Tak mungkin.

     “Tak usah panggil saya encik. Panggil sahaja saya Takumi. Boleh saya panggil kamu Manda?” kata Takumi mesra.

     “Oh, baiklah. Takumi boleh panggil saya Manda.” Yuki tersenyum. “Kita boleh jadi kawan.”

   “Boleh.”

***

    Cuaca pada petang itu mendung. Nampaknya akan hujan.Yuki dan Sellina sedang berada di kantin untuk menikmati makanan kerana dari pagi lagi mereka belum makan.Sementara Takumi pula sedang berehat di bilik rehat stesyen.

     “Gila kau. Boleh pulak dia panggil aku Manda. Bunyinya dah jadi macam panda, kau tahu tak.” cerita Yuki dalam keadaan tidak puas hati.

     “Sudahlah. Aku tengok kau ni benci sangat dengan Takumi tu kenapa?”

     “Ni bukan masalah benci, Lin.” Yuki membalas. “Ni masalah maruah. Mak aku pun tak panggil Manda. Suka hati dia je.”

     “Sudahlah. Malas nak layan kau.” Sellina buat tidak tahu. “Ah,hai Takumi. Makan sama?” pelawa Sellina.

      Yuki tidak menyedari bahawa Takumi juga ada disitu. Habislah.

     “Tak mengapa. Saya duduk di sana sahaja.” jawab Takumi menolak pelawaan Sellina dan duduk di sudut kantin, sendirian.

     “Tengok. Apa kau dah buat dengan dia. Takumi tu boyfriend kau tahu tak?” sergah Sellina.

     “Bila masa pula dia jadi boyfriend aku?. Kalau kau nak, pergilah pujuk dia. Malas nak layan kau.” Yuki berkata sambil bangun dan menuju ke bilik rehat.

     Hatinya masih lagi ingat tentang Takumi. Serba salah kerana telah berkata begitu dengannya. Tapi, egonya telah menepis perasaan itu. Ah, bukan salahnya Takumi begitu.

***

     Keesokan harinya, penggambaran filem ‘Sakura itu milikku’ akan dimulakan. Hubungan Yuki dan Takumi masih lagi renggang dan mereka tidak bertegur sapa sejak insiden itu.

     ‘Baguslah sangat. Kau buat dia macam tu, kau ni tak bertanggungjawab lah Yuki. Mana pergi keberanian kau selama ni?.’ Fikir Yuki di dalam hati.

     ‘Baik aku pergi tegur dia.’

     “Sumimasen. Tamaki-sama?” Kata Yuki agak janggal.

     Takumi menoleh. Dia tersenyum. Bukan senyuman yang dulu. Seperti terpaksa lagaknya.

     “Ya?”

     “Gomennasai.” Yuki menambah lagi. Dia tahu hal itu harus diselesaikan atau dia akan tidak selesa untuk meneruskan tugasnya.

     “Semalam. Aku tahu aku ada sakitkan hati kau. Aku minta maaf banyak-banyak.”

     Takumi tersenyum lagi. “Tak megapa. Salah Takumi juga sebab tak tanya gelaran awak dulu. Mulai hari ini, Takumi nak panggil awak apa?”

     Terharu sungguh hati Yuki mendengarkan kata-kata Takumi itu. Tak sangka ada lelaki seperti itu lagi pada zaman sekarang ini. Bukankah semua lelaki itu mementingkan egonya?. Ternyata dia silap.

     “Yuki. Orang selalu panggil aku Yuki.”

     “Yuki. Nama awak sedaplah. Macam orang Jepun. Awak keturunan Jepun?” Takumi mengandaikan.

     “Taklah. Mummy yang letak nama tu. Dia suka cerita Jepun.”

     “Oh.”

     “Huh. Onaka ga suite imasu!. Jom pergi makan?.” pelawa Yuki yang senang hati kerana masalah itu telah diselesaikan.

     “Ok.”

_bersambung_

hak cipta terpelihara Blog Kina MinJi..

0 Comments

Follow Me On Instagram