A little Bit About Me

Assalamualaikum.


Salam perkenalan kepada awak yang sedang membaca ni ✨✨✨ Sebelum tu, jomlah kita berkenalan dulu. Boleh panggil saya Kina.

Titik permulaan tergerak nak menulis blog ni pada tahun 2011. Terispirasi untuk menulis setelah melihat blog seorang blogger terkenal di dalam sebuah majalah. Dari situ, bermulalah perjalanan Kina sebagai seorang blogger. Tujuan utama hanyalah untuk berkongsi cerita dengan sesiapa yang sudi membaca.

2010... Budak baru lepasan SPM ni nak cuba perkara baru. Masa tu memang minat nak join jadi blogger ni. Jadi, terus je proceed walaupun masa tu internet sangatlah slow di rumah. Wow, kenangan memori lama 🥰

(2010)

Kina sambung belajar dalam bidang Seni Lukis & Seni Reka (Tekstil). Pembelajaran adalah agak mencabar bagi Kina sebab anak seni kenalah ada 'kreativiti'. Haha. Masa tu pemikiran Kina adalah lebih kearah logik. Kemanakah kreativiti pergi ni? haha. Alhamdulillah dapat menamatkan pengajian dengan jayanya.

Alam pekerjaan sangatlah berbeza dengan apa yang dipelajari 🤣 Dari seni tekstil ke 'site admin' untuk sebuah projek di Johor Bahru. Alhamdulillah. Kina agak bertuah kerana sepanjang belajar di universiti dan juga semasa bekerja, Kina diberikan rakan-rakan yang sangat baik.

Berhenti berblog seketika pada tahun 2019. Sebab inspirasi tetiba menghilangkan diri. haha.

2025... tahun baru dan cerita baru. Tak tau macam mana tetiba je teringat pulak dekat blog kesayangan ni. Jadi, Kina terfikir nak mula semula menulis di sini.

(2024)

Kina harap blog ni sedikit sebanyak membuatkan awak terhibur. Enjoy reading! ✨




Follow Me On Instagram