“Awak!!” Takumi memanggil.
Yuki menoleh. Dia dipanggil?. Kenapa?. “Ya?.”
“S… Sa… Saya” Takumi tergagap.
“Kenapa?.”
“Saya cintakan awak. Boleh kita besama?.” Takumi akhirnya berkata.
“Tak boleh.” sungguh tenang Yuki menjawab. “Kita baru saja kenal. Aku tak tahu kau. Kau pun tak tahu aku.”
“Tapi…”
“Tak boleh. Kalau macam ini, kau baliklah Jepun. Aku tak boleh bekerja satu bumbung dengan orang macam kau.” tegas Yuki dan berlalu pergi.
“Maaf” kata Takumi dengan nada kecewa.
“Cut!!!” pengarah memberhentikan adegan itu. “Bagus. Awak berdua ni ada chemistry kan. Bagus sangat. Teruskan komitmen yang macam ini tau.”
“Ok. No problem, Boss.” Yuki gembira dia dipuji. Takumi turut tersenyum.
***
Sudah tiba waktu rehat. Yuki, Takumi dan Sellina berehat bersama. Sudah menjadi kebiasaan Yuki dan Sellina untuk membawa bekal apabila ada kerja di luar. “Takumi, Jemputlah makan.”
“Terima kasih.”
“Kasihannya Takumi.” Sellina memulakan perbualan. “Cinta tak diterima Yuki. Lepas tu, kena halau pulak tu.”
“Apalah kau ni. Itu kan cerita saja. Takkan lah aku nak buat dekat Takumi macam tu. Betul tak, Takumi.” pintas Yuki.
“Ah, ya. Betul tu. Yuki tak macam itu.”
***
Akhirnya, lakonan untuk babak hari itu sudah pun tamat. Jam menunjukkan pukul 4 petang.
“Takumi!!,” panggil Yuki. Takumi yang sedang mengemaskan barangnya menoleh. “Ya.”
“Nak balik stesyen dahulu tak?. Stesyen dekat saja kalau kita naik bas dari sini.” pelawa Yuki.
“Tapi, dekat sini…” belum sempat Takumi menyudahkan kata-kata, Yuki telah memintas terlebih dahulu.
“Tak apa, pekerja ada. Nah, ambil ni.” Yuki menghulurkan sebuah topi dan cermin mata.
“Ha?” Takumi kehairanan. “Untuk dipakailah,” Yuki menerangkan. “Takkan lah kau nak pergi keluar dengan begitu saja. Kau kan famous.” Yuki tersenyum.
“Aku ni pakar menyamar tau. Aku dah biasa.” Yuki menambah lagi.
“Oh.” Takumi akhirnya mengerti lalu mengambil topi dan cermin mata itu dan memakainya.”
Yuki terpaku. Sungguh berlainan. Takumi terlihat seperti remaja biasa walaupun cuma memakainya begitu sahaja. ‘Natural’ fikir Yuki. ‘Bertuahnya dia.’
“Yuki?” “Oh ya…” lamunan yuki terhenti.
“Sekarang nama aku Ayu tau. Nama kau…” Yuki berfikir sebentar.
“Ayu?” Takumi kehairanan.
“Yalah. A untuk Amanda, Yu untuk Yuki.” Yuki terseyum. “Ha, aku dah tau. Nama kau sekarang Miki. Mi untuk Takumi, Ki untuk Tamaki. Menyamar biarlah lengkap.” Yuki tersenyum lagi. Berpuas hati kerana dapat mereka satu nama yang dia gemari.
“Yalah.”
***
Cuaca amat cerah pada petang itu. “Miki,” Yuki memanggil.
“Ya?” “Jom singgah sekejap.” kata Yuki sambil menunjuk kearah Butik Dally, sebuah butik yang menjual pakaian berjenama sendiri, Dally It.
“Pilihlah apa yang kau nak. Aku hadiahkan.” Yuki tersenyum. “Apa?” Takumi terkejut. “Betul. Aku baik hati ni. Pilih je. Jenama ni tak ada di Jepun kan?”
“Excuse me?” seorang gadis menyapa mereka dengan tiba-tiba. Kelihatannya seorang yang arif dalam fesyen. Yuki dan Takumi menoleh.
Gadis itu tersenyum. “Betullah ni. Kak Yuki. Tiba-tiba saja datang sini.”
Rupa-rupanya gadis itu ialah Amanda Lily, pengasas jenama Dally It. Dia juga merupakan adik kepada Yuki. Lily baru sahaja berumur 18 tahun.
“Eh?” Lily melihat Takumi. “Kawan kak ya? Apa khabar?” Lily bersapa mesra.
“Khabar baik.” Takumi agak kekok dengan kemesraan Lily.
“Mmm… Nama dia Takumi Tamaki. Pelakon dari Jepun.” Yuki menerangkan.
“Oh” Lily mengangguk tanda mengerti.
“Maaflah Takumi, dia ni tak tahu sangat tentang pelakon.” Yuki memberitahu.
“Oh, tak apa.”
“Oklah, kak dengan abang tengoklah dulu. Saya ada kerja sikit.” Lily meminta diri.
“Ok.”
***
Jam telah menunjukkan pukul 9 pagi. Yuki sudah bersedia di stesyen. “Yuki.” kelihatan Sellina baru sahaja datang. “Kau ni. Jalan-jalan bukan nak ajak aku. Dah ada si boyfriend kau tu terus kau lupa dekat aku, kan?” Sellia membebel panjang.
“Maaflah Lin. Bukan aku tak nak ajak kau. Kau kan sibuk semalam.” Yuki memujuk. Belum sempat Sellina mengutarakan kata balas, Takumi telah pun datang. “Hai.”
“Nasib baiklah ‘abang’ kau ni dah datang. Aku sambung lain kali saja.” Kata Sellina lalu pergi dari situ sambil tersenyum.
“Ganggu ke?”
“Taklah.”
_bersambung_
hak cipta terpelihara blog kinaminji...
0 Comments