Ha...tengok tajuk saja dah tertanya-tanya...apa kena-mengena Yuna dengan Korea pula???hmm...sebenarnya ia berkenaan salah satu artikel yang kina baca dalam akhbar Metro baru-baru ni...
Jom kita tengok sikit,apa yang ditulis sebenarnya...
Yuna berlakon filem Korea?
Jika tiada angin,takkan pokok bergoyang. Begitu juga dengan kelibat artis popular wanita yang meraih pelbagai kejayaan dalam persada seni tempatan.
Sebelum ini,SS pernah mendengar penampilan dan nyanyian gitaris bertudung,Yuna disenangi hingga dapat menembusi pasaran Korea Selatan tahun lalu. Khabar terbaru yang SS dengar,Yuna mendapat tawaran berlakon filem di sana.
Kalau itu belum cukup mengujakan peminatnya,SS difahamkan,Yuna bakal bergandingan dengan seorang hero kacak negara Kimchi ini. Mengikut sumber yang memaklumkan berita ini,filem itu dijangka menjalani penggambaran di negara empat musim itu bulan ini.
Bagaimanapun,tidak dapat dipastikan sama ada filem berkenaan dijayakan melalui usaha sama produksi dua negara. Tapi,SS difahamkan,ada kru penggambaran berpengalaman tempatan turut menjadi tenaga kerja yang terbabit dalam filem berkenaan.
Bagaimanapun,lokasi,jangka masa dan tarikh sebenar penggambaran filem itu belum dapat dipastikan. Cuma apa yang SS hendak tahu,apakah bahasa perantara yang akan digunakan untuk filem berkenaan?
Apakah bahasa Malaysia,Inggeris atau Yuna sedang mengikuti kursus bahasa Korea dalam diam-diam?Tidak dapat pula dipastikan,maklumlah perbezaan bahasa dan budaya bukan perkara mudah apatah lagi mencapai keserasian dalam masa singkat.
Jika benar perkara itu,SS mengucapkan tahniah. Itulah dikatakan rezeki kerana Yuna bukan saja pernah mendapat perhatian pereka fesyen wanita kacukan Jepun-Britain dan di London. Sebelum itu,Yuna mendapat perhatian syarikat rakaman di Amerika Syarikat dan dipuji oleh pengkritik muzik di sana.
Mungkin jugalah kelibatnya sudah jarang kelihatan sekarang kerana sibuk mencari tapak di luar negara. Pesanan kepada Yuna,janganlah lupa kepada rakan media di sini apabila sudah terkenal di luar negara dan bergelar pelakon kerana SS tumpang bangga jika Yuna melebarkan sayap di luar negara menghasilkan drama.
Kalau selama ini drama Korea sering mendapat tempat di hati peminat di negara ini,siapa sangka suatu hari nanti kita lihat pula orang kita berlakon filem mereka.
_dipetik daripada petikan ruangan SOSEHSOSEH akhbar Harian Metro_
Ha...apa korang fikir???Kalau betullah Yuna akan berlakon filem Korea...Aku akan sokong dia 100%...
Go...Go...Yuna...
Harap Yuna akan berjaya...
Wassalam
2 Comments
assalam ...huhu , suke korea jgk ke ?? ^_^""
ReplyDeletemmg gempak arr kalau yuna pon berlakon jgk . hei awakk , nak bwt duet lebih tak cecuti sekolah nie .. ;) dtg blog saya click kat iklan bawah header tu yer .. sng jer , x de yuran pon . check it out okay .
btw , ouh ! blog awak sgt cantek !!
@missteeha the babling girl
ReplyDeleteWslm...mmm,saya memang minat korea...tak taulah sejak bila...ok,nanti saya tengok ya...