Korean Language Studies...

Salam...
안녕하세요. Kina입니다.
(Hi, I'm Kina...)

Hehe, kononnya fefeeling orang Korea... =_=

Tapi takpelah, Kali ni Kina nak buat review sikit tentang awesome website!!!...

Website apa? Apanya yang awesome?

Website yang awesome ni ialah website TalkToMeInKorean.


Oklah, kalau korang tak pernah dengar, website ni ialah website dimana sesiapa yang nak sangat belajar bahasa Korea boleh belajar dengan mudah...

Daripada A to Z...

Kalau kita belajar beserta komitmen dan semangat, mesti boleh fasih dengan bahasa ketiga ni...

Well, Kina pun masih belum excel lagi dengan menda alah ni, tapi sekurang-kurangnya bolehlah meningkatkan pengetahuan dengan benda baru....ye tak?

Dalam tahun 2011, Kina dah pun beli buku Talk To Me In Korean - Level 1....


Tapi masa ni masih baru dan tak berapa nak belajar...hehehe...

Then, kali ni memang dah tekad nak belajar bahasa ni sampai mahir...

Nilah permulaan baru dan harap dapat kekalkan semangat sampai ke akhir...

Baru-baru ni Kina dah pun beli e-book daripada MyKoreanStore (saje beli ebook dulu sebab nak tunggu buku sampai lama sangat, maklumlah, dari Korea... ^_^, InshaaAllah, kalau ada rezeki lebih, baru beli buku...)


Kina beli :

TalkToMeInKorean Iyagi #1


Review :

E-book ni menceritakan kisah seharian di Korea...Dengan menggunakan pendekatan perbualan (ataupun, rasanya macam radio jugak), Teacher Kyeong Eun Choi dan Teacher Jin Suk Jin berbual tentang pengangkutan awam di Korea dan penggunaan tempat duduk khas... Memang sangat menarik, Kina dah ulang banyak kali perbualan ni untuk menangkap perkataan-perkataan yang baru...
Memang awesome!!!

Kyeong-Eun Choi's Audiobook 2 (최경은의 오디오북 2)

 
Review :
Teacher Kyeong Eun Choi bercerita tentang perkara yang menarik minatnya... Korean Drama Male vs. Real Korean Male?, what if you could go on a vacation for a month? dan 3 lagi topik menarik... Bagi Kina, ianya macam diari lah lebih kurang...
Bagi beginner, banyak mendengar perkataan yang baru memang sikit pening kepala, tapi, lepas lama-lama kita boleh terbiasa dan boleh jugak buat review menggunakan ayat yang dipelajari dalam audiobook ni... Nice~~~

Last but not least (eh, dah last dah?) ...

100 Top Phrases from Korean Movies in 2009


Review :

Yang ni memang gempak giler!! Sebab Kina memanglah penggemar Korean Movies n Drama, E-book ni memang berguna untuk mengetahui serba sedikit ayat yang selalu digunakan dan........senanglah untuk kita tengok cerita, kan?

Ayat yang paling Kina ingat ialah :

안 돼! 그건 내 거야. 손 대지 마.
An Dwae ! Keu geon nae keo ya. Son tae ji ma.
No! That’s mine. Don’t touch it.


Ayat ni membuatkan Kina teringat satu watak yang dilakonkan oleh Krystal , f(x) dalam cerita The Heirs.
(Entahlah, tak tau kenapa :P )

Overall, nice e-book for K-drama lover... ^_^

Jadi, macam mana? menarik kan? kalau nak tau lebih lanjut, bolehlah refer website TalkToMeInKorean.

Dan jugak MyKoreanStore...

Akhir sekali, belajar bahasa ketiga adalah bonus kepada diri sendiri...betul tak?

Harap-harap dapat belajar bahasa lain jugak...oneday...

^_^

Wassalam...
Korean Language Studies... Korean Language Studies... Reviewed by Kina Yasnain on 9:00:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.