Hi...
Kina ni memang ada banyak masa terluang. Hehe. So, tengah terfikir nak buat apa. Jadi, kebetulan dapat tahu dari akak Kina yang Kolej Komuniti ada menawarkan pelbagai kursus pendek. Ada kursus masakan, kursus jahitan, kursus komputer etc... (bukan tajaan ye... muahaha...)
Jadi, Kina fikir why not kan? So far, Kina dah daftar untuk Kursus Komputer Microsoft Excel (Asas), Microsoft Powerpoint (Asas dan Pertengahan) dan juga Kursus eRezeki. Alhamdulillah, kursus yang dihadiri semuanya berjalan dengan lancar.
(hmm... busy nampak~)
(yay! Dah dapat sijil. I like! Thank you ya cikgu sebab mengajar saya ^_^ Oh.. kenapa nampak macam tinggi sangat ni? XD)
(bersama dengan peserta kursus yang lain. Ok, 4 orang je uolls untuk sesi kali ni. Korang bila lagi?)
Haa... nilah caranya Kina nak menghilangkan diri sekejap. XD. Korang pulak macam mana? Apa cara korang untuk hilang stress dikala penat bekerja? (Cewahh... gitu ayat. haha)
Jomlah share dekat bahagian komen. ^_^
0 Comments