2025, Vision Board & New Chapter

 Assalamualaikum...

Tahun 2025 dah pun tiba!

Sebelum tu, hai korang semua! Selamat tahun baru dan... muncul lagi Kina ni ya. Haha. Setelah sekian lama menghilang, Kina tetiba je nak start semula berblog ni. Uhm, mestilah boleh, kan? ... kan?

Jadi disebabkan tahun baru, kita mestilah ada azam tahun baru, ye tak? Untuk Kina, tahun ni special sikit sebab tahun ni Kina buat vision board. 

Apakah itu vision board?

Vision board ni ialah koleksi gambar, kata-kata, simbol, atau apa sahaja yang mewakili matlamat, impian dan cita-cita seseorang.

Ok, korang dah tahu makna vision board ni. Kenapa pulak Kina baru buat vision board ni tahun ni? "Sebelum ni tak ada tujuan hidup ke kau ni?"

Ha, jangan tanya macam ni tau. Tak baik lah awak ni šŸ¤£

Sebenarnya, sebelum ni azam tahun baru hanya tulis dibuku, paling tidak pun disimpan di komputer sahaja. Ha, siapa yang nak baca tu? Semestinya tak nampak didepan mata.

So, Kina nak beri lebih semangat pada diri sendiri maka jadilah vision board untuk tahun ni. Vision board ialah sangat personal ya. Sebab disitulah kita letak apa yang kita ingin capai pada tahun ni. Tapi... Kina nak jugak share dengan korang sebab dengan cara nilah akan membuatkan Kina lebih bekerja keras dalam merealisasikan impian dalam vision board tu. Strategi yang bagus kan? Kina nervous, tapi jom cuba! Siapa yang menghalang? Semestinya bukan diri sendiri ya. Jadi, jom teruskan!

"Kalau ada yang tak tercapai pada tahun ni macam mana, Kina?" Jangan risau, janji niat kena ada ya. Sebab tu Kina nak ajak korang jom sama-sama mula buat vision board ni. Let's go!

-VISION BOARD 2025-

Kina ni suka sangat skrol kat Youtube. So, ada satu hari ni Kina search 'Vision Board 2025' di Youtube dan terjumpa satu video yang Kina rasa sangatlah best.

(Ok, Kina tak pernah tengok video dia yang lain, tapi video satu ni Kina tengok banyak kali. Video ni senang faham dan akan menjadi 'base' dalam vision board Kina kali ni. Terima kasih, Amber šŸ„°)

Dalam video tu, Amber ada menggunakan beberapa soalan untuk menentukan apa yang dia nak di vision board pada tahun tu. Soalan-soalannya ialah:

  1. Who you wanna be?
  2. Who you wanna do thing with?
  3. Who do you wanna meet?
  4. What do you wanna buy?
  5. What you wanna do?
  6. What do you wanna to accomplish?
  7. Where do you wanna go?
  8. Where do you wanna be?
  9. Where do you see yourself being at the end of this year?
  10. Why do you wanna do any of this?
  11. Why is it important to you?

Ok, lepas tu kita perlukan:

Inspo pics
-Gambar yang korang pilih untuk menjadi inspirasi pada tahun ni. Korang boleh cek kat pinterest juga.

(Kalau ada printer dekat rumah, korang boleh je print sendiri guna kertas atau 4R. Kalau tak ada boleh pergi cuci dekat kedai ataupun online je. Shopee banyak je kedai cuci gambar.)

Central Quote
-Kata2 yang akan menjadi tema utama pada tahun ni.

(macam Kina, Kina pinjam Quote daripada Amber juga. Sebab Kina tertarik sangat dengan Quote tu. Kina pinjam ya, Amber. šŸ„°) -Eh, ayat macam Amber tu kawan kita pulak, Haha.

Quote daripada Amber: "What if it doesn't come true? Ah, what if it does."

Get specific!
PUT A PROOF ON IT.

Yup, kalau nak sesuatu kena spesifik kan. Jadi berilah diri sedikit masa untuk berfikir apa yang korang nak. Jangan tergesa-gesa.

Lepas tu korang pun kena ada: gunting/cutter, gam/double-tape & board.

Untuk Kina, Kina ada banyak kotak yang tak pakai kat rumah. So, Kina repurpose balik je. Untuk gambar pulak, Kina print sendiri.

Ok, lepas semua dah siap sedia. Barulah boleh mula misi menampal gambar di board.


Ni vision board Kina untuk tahun 2025 ni. Sangat simple tapi baik kita mula dengan benda yang simple dulu untuk tahun pertama. Dah ok tahun ni? Up la sikit tahun depan šŸ„°

psstt... Kina share kat awak je tau. Barulah diri ni semangat sikit nak merealisasikan vision board ni. haha.

QOTD: Jadi, apa azam tahun baru awak tahun ni? Jom share sikit ✨✨✨

.
.
.

credit gambar: Irine Nadia, pinterest, pixabay, google, Amber Scholl (central quote).

0 Comments

Follow Me On Instagram