Book Of The Day #9 : Who Moved My Cheese?

Salam...

Hai Buddyz....

Bila dah agak 'gila' semalam, baik kita cool down sikit dengan membaca bahan-bahan motivasi pulak...

Eh? Motivasi apa pulak ni?

Kenapa pulak kita nak amik tau pasal keju ni?

Hee.... Nilah buku motivasi yang popular sekarang...

Kalau tak, tak de lah terjual sampai 12 juta naskhah kan?....

Dengan hanya cerita si kerdil, si tikus dan kejunya... dapat membuatkan kita terfikir dimana agaknya posisi kita sekarang.... si tikuskah? si kerdilkah?

Ha...nak tau apa yang Kina merepek ni?

Let's scroll down...

WHO MOVED MY CHEESE ? (edisi Bahasa Melayu...)


Penulis : Dr. Spencer Johnson
Penterjemah : Hasnah M. Daud
Pengeluar : PTS Publication

Sinopsis :

Kisah yang ditulis untuk semua peringkat umur ini dapat dibaca dalam masa kurang daripada satu jam.
Namun, keunikan wawasan yang terdapat pada kisah ini kekal sepanjang hayat.

Who Moved My Cheese ? adalah sebuah perumpamaan ringkas yang mendedahkan hakikat kehidupan.
Kisah yang lucu dan mencerahkan ini adalah tentang empat watak yang tinggal di sebuah kawasan berliku, yang sibuk mencari keju bagi menggembirakan hati sendiri.

Keju adalah metafora bagi apa yang kita mahukan dalam hidup, sama ada berkaitan dengan pekerjaan, perhubungan, wang, kesihatan, ataupun ketenangan fikiran.

Manakala kawasan berliku yang dimaksudkan adalah tempat kita menemukan apa yang kita mahu, sama ada organisasi tempat kerja, keluarga, ataupun komuniti tempat tinggal.

Buku yang ditulis oleh penulis bestseller, Dr. Spencer Johnson, ini menerangkan kepada kita bagaimana :

-Menjangkakan perubahan
-Beradaptasi dengan perubahan secepatnya
-Menikmati perubahan
-Bersedia untuk berubah secepatnya dan terus berubah tanpa henti

Kenal pasti rahsia yang anda dan belajar menghadapi perubahan, supaya kita tidak begitu stres dan dapat mengukir lebih banyak kejayaan di tempat kerja dan dalam hidup...

My Special Review :

1 : Kisah yang sangat mudah sampai budak kecil pun akan suka dengan kisah ini (percaya tak?)

2 : Buku ni mampu 'membuka mata' sesiapa sahaja yang membaca. (kalau tak buka mata jugak, buta agaknya...jangan marah ha...joking~~~joking~~~)

3 : Seterusnya boleh membuat kita mengetawakan diri sendiri kerana telah bertindak bodoh selama ini.

4 : Daripada kita marah kepada si 'pemindah keju', baiklah kita terus bergerak 'mencari keju baru' kerana keju lama tidak akan datang kembali...Percayalah....

(maksudnya lebih kurang macam ni : marah sebab tak dapat kerja yang diingini? lebih baik menerima kerja yang ditawarkan dan belajar mencintai kerja itu. Itu akan memudahkan kita meningkatkan prestasi...)

5 : Dengan 'mencari keju baru', kita akan lebih mara kehadapan dan tanpa disedari akan dapat lebih daripada apa yang kita bayangkan....

(maksudnya lebih kurang macam ni : Dah ada kerja dan suka kat kerja ni? Kan akan lebih mudah menjadi pekerja yang bagus dan hebat. Mungkin juga bos akan menaikkan pangkat anda mungkin?)

END OF REVIEW

Well, cerita ni mudah dan senang difahami.

Kenapa Kina pilih edisi Bahasa Melayu eh?

Sebab kalau nak pilih buku motivasi dalam Bahasa Inggeris, ianya akan susah dihadam sepenuhnya...
sepuluh dua puluh kali baca baru nak faham...
(kalau buku cerita tak pe dalam BI, tak faham semua pun at least faham jalan cerita...)

Jadi, nak bagi faham baiklah kita hadam, bukan je kasi hancur tapi sampai lumat biar lekat kat otak... ^_^

Jadi, Lebih baik pilih buku dalam bahasa ibunda...ye tak?

[Kina beli buku ni dekat MPH dengan harga RM29.90]

footnote : esok, kembali kepada 'kegilaan'...hee... ^_^

Wassalam...

0 Comments

Follow Me On Instagram