UiTM Dihatiku...

Salam...

hai, hai...

wah, 2011,2012 dan 2013...... dan tak lama lagi akan masuk 2014...

Alhamdulillah, selepas semua kesukaran yang ditempuhi sepanjang belajar di UiTM Kampus Machang, Kelantan... Akhirnya Kina berjaya grad!!! Yeay...

Sangat gembira dengan semua memori bersama lecturer dan kawan...
(ya, walaupun mungkin ada sedikit kenangan pahit yang mungkin tidak mahu diungkit)

Kalau korang pernah baca entry Kina yang dulu2, mesti korang tahu macam mana Kina kat sana, kan?

Bermula dengan interview...

then, homesick... (yalah, orang tak pernah berjauhan dengan family, ya tak?)

Berjumpa kawan, bermulalah perjalanan sebagai budak u...

tapi aku perasan, masa tu aku masih mentah (chewah, kelas ayat kau Kina...haha...)
nak dress up pun tak pandai...wahahaha...masa tu memang ketara sangat kekampungan aku...biasalah,budak baru nak up u'olls...

Jumpa kawan sudah, apa lagi, inilah permulaan 'so tight schedule' sebagai mahasiswa,







tak ku sangka menjadi mahasiswa itu susah tahap belajar dance mv everybody,

lebih susah daripada ultraman mengalahkan raksasa dan juga,

lebih susah dari bungee jumping menara macau... (ayat apa ni?ok,aku mengarut disitu)

Ya, aku yang dulu berfikir menjadi budak u boleh bersenang lenang... (beranganlah kau Kina....) rupanya indah khabar dari rupa...haha...

abaikan ayat aku yang skema gila tu ^_^

Jom kita teruskan, lepas tu.....

Yalah, mesti korang boleh teka apa jadi lepas tu kan? ianya minggu assessment!!! yeah....nilah perkara yang paling tak digemari sepanjang semester..haha

-Exam n assessment month... ^_^ 

-Quick Updated : Assessment [part 2]...

ok, tutup mukaddimah kita sampai sini... LOL...

____________________________________

Seperti yang korang tau, aku ni bukanlah pandai dalam mengarang ayat yang best2 untuk santapan mata korang kat blog ni...
ni pun sehabis mampu yang aku boleh buat, so maafkanlah aku kalau blog ni memang tak funny... ok? keep smile ^_^

ehem, entry ni adalah rasa terima kasih aku kepada para lecturer yang sudi memberi ilmu kepada aku yang daif ini... dan juga kawan2 yang sanggup menolong dan support disaat susah...tq u'olls...

I REALLY LOVE FACULTY OF ART AND DESIGN !!!

Kat sinilah aku belajar menukar diri kepada KINA yang baru...


 Aku yang dulu bukanlah yang sekarang.... (he, beza kan?)

selain dari penampilan, aku juga belajar banyak benda....

Fiber, Canting, Printing, Drawing, 3D...

Jadi, UiTM, terima kasihlah sebab dah terima budak ni menjadi mahasiswa disitu... Dato' Sahol, tq... :p

THE END

P/S : opssss, mesti korang bosan kan dengar cerita aku...

Sangat berterima kasih kalau korang dah baca sampai sini...
(aku sayang korang... ^_^)

Wassalam...

0 Comments

Follow Me On Instagram