Sunday, January 10, 2016

Dia Kawan Saya...

Salam…

‘Mereka dari German, Czech Republic dan Korea. Ada juga berasal dari UK, USA dan Mexico. Kami berbeza segalanya. Tapi kami berkongsi minat dan hobi yang sama. Kami berkongsi satu dunia yang sama – DUNIA SAHABAT PENA.’


Amacam intro? Interesting tak?

Dah masuk setahun Kina mengenali dunia sahabat pena ni atau lebih dikenali sebagai PENPALS WORLD.

Bila tengok balik gambar dulu-dulu, rasa macam nak tumbuk je Kina yang berumur 22 tahun tu. Haha…Sebab dia buat surat yang lawak habis! Jadi, Kina yang berumur 23 tahun ni cuba nak membetulkan ‘kesalahan’ budak kecik tu dengan lebih meluangkan masa dan hati di dalam pembuatan surat untuk kawan.

Kat bawah ni adalah contoh surat yang Kina pernah hantar. Kalau korang bezakan dengan surat tahun lepas, banyak gila beza…




Macam mana? Nampak menarik kan? Sekarang ni mana ada lagi orang yang nak menulis surat bagai ni. Susah nak jumpa. Kalau ada pun, sorang dua. Dah tak meriah macam dulu. Yalah, sekarang kan dah ada dunia yang lebih canggih dari dunia surat ni. Semuanya dihujung jari je…

Nak tak jadi salah sorang dari kitorang?

Jomlah join kitorang memeriahkan lagi dunia sahabat pena ni… Kalau ada yang tanya :

‘Kina, kitorang mana ada kawan kat luar negara nak hantar surat ni.’

Tak apa. Kina pun dulu mana ada kawan kat luar negara ni. Dah masuk dunia sahabat pena nilah baru nak mengenali dunia luar. Hehe.

Senang je caranya. Korang boleh advertise dekat IG takpun join website penpals. Gerenti dapat kawan nanti.

Lepas tu macam ada dengar soalan lagi,

 “Kina, manalah kitorang ni tau nak cakap Inggeris!”

Tak apalah pak cik dan mak cik sekalian oiiii… Kina pun baru nak belajar. Ada dikalangan diorang pun tak reti sangat berbahasa Inggeris ni. Tapi diorang sudi nak belajar. Yang penting isi yang nak disampaikan tu sampai kepada si pembaca. Tak gitu mak cik dan pak cik sekalian?

LOL..

Apapun, kalau korang ada semangat, semuanya jadi mudah. Tak ada semangat? Apa pun tak boleh~~~ Ada faham ka? :p

Kat sini Kina nak recommend korang dekat satu laman web ni, nama dia GEEK GIRL PENPALS. (bukan untuk perempuan je tau. Ianya untuk SEMUA orang.)



Kat dalam laman web ni ada macam-macam. Nak terangkan satu-satu, tak larat lah pulak. Nanti kalau ada masa, InshaaAllah, Kina akan terangkan kat korang apa sebenarnya kegunaan laman web tu.

Kalau rasa serabut dan tak faham. Apa mende jelah semua website ni. Mengarut je.

Takpe, ada INSTAGRAM tak? (Kalau takde, meh buat satu. Takde ruginya…) dan DIRECT MESSAGE kat IG yang menolong orang mencari kawan pena. Contoh yang boleh Kina bagi ialah IG yang Kina list kat bawah ni:


“Nak mesej apa kat orang tu, Kina?”

Kalau ikut Kina, bagi je gambar tentang kita. Kat bawah ni contoh gambar yang Kina bagi untuk mencari sahabat pena…


Nanti lepas tu dia akan post kat IG dia dan adalah orang yang akan DM awak balik untuk menjadi kawan.


*IG Kina... ^_^ Jom follow kite~~~

Mende ni tak semestinya di laman web dan IG je. Kat mana-mana pun boleh jumpa. Facebook, Twitter, Tumblr dan adik beradik dia yang lain.

Jadi, penutupnya kat sini ialah…. ‘Nak seribu daya, tak nak seribu dalih’…

Eh?

Hehe…Betullah tu…


Wassalam…
This entry was posted in

0 comments:

Post a Comment