Nostalgia zaman dulu + Blog update.

 Assalamualaikum.

Jam 10:12pm, tiba-tiba rasa nostalgia datang kembali bila browse entry-entry lama dalam blog ni. Rasa macam kelakar pun ada. Haha. Tapi yang pasti, blog zaman dulu-dulu memang menonjolkan ekspresi dan personaliti tuan punya blog. Sekarang ada lagi ke yang masih berblog style macam tahun 2010 dulu? Rindunya nak tengok blog yang unik dan berwarna-warni macam zaman Kina muda remaja dulu-dulu. haha.

Kina versi dulu adalah seorang yang masih mencari style gaya apa yang dia nak tonjolkan. Kadang-kadang entry Bahasa Melayu, kadang-kadang entry Bahasa Inggeris. Ha, nampak sangat tak ada pendirian diri disitu. Haha. Gurau je.

Tapi bila dah masuk tahun 2025 ni, Kina fikir baik teruskan dengan Bahasa Melayu sahaja. Lebih sempoi dan nak masuk mesin masa semula balik ke tahun 2011, tahun masa Kina mula-mula create personal blog ni. Ingat lagi, masa tu pengaruh Korea amatlah mendalam ya. Haha. Nama diberi di blog ialah KinaMinji. Sekarang tak ada dah Minji Minji ni. Bagi nama asal je.

Bila difikir balik, blok tema lifestyle adalah menjadi kegemaran ramai pada waktu dulu, betul tak? Blogger yang menjadi inspirasi Kina pada masa dulu ialah blog Irine Nadia. Waktu tu blog adalah tempat kita share pengalaman dan cerita peribadi dan komen adalah sangat awesome. Kina ingat dulu, yang komen terasa seperti kawan rapat yang dah lama kenal. Padahal, kita tak kenal ni. Haha.

Apapun, ada sesiapa tak yang ingat satu blog ni yang share blog widget yang comel-comel? Boleh paste lagu dekat blog dan macam-macam widget yang cute lagi. Tak tahulah masih ada lagi atau tak blog tu. Yelah, dah 10 tahun lebih kan. Kemungkinan besar dah tak ada lagi.

Blog ni juga ada Facebook page. Jadi malam-malam ni bila Kina skrol FB page tu, banyak betul kenangan yang keluar. Ada juga entry yang dah dipadam dari blog, gambar-gambar lama yang dah tak wujud lagi (sebab simpan dalam usb dan tiba-tiba usb buat perangai dan gambar kenangan lama masa zaman belajar dulu banyak yang hilang macam tu je.) Menyesal pula rasa tak cuci gambar-gambar tu. Ha, ingat ya kawan-kawan semua. Sekarang memang dah zaman digital, tapi cuci lah semua gambar-gambar kenangan tu. Takut tak sempat diselamatkan jika usb atau memory card decide nak buat perangai. (Berdasarkan pengalaman sebenar ya, nak nangis pun ada masa tu. Huhu...)




(header zaman dulu-dulu 🤣 meriah sungguh)

(then vs now 🤣)

-2011-2025 : 14 tahun kemudian-

14 tahun dah berlalu. Alamak, nampaknya umur dah meningkat ni. Haha. Tak apa, lupakan part tu ya. Jadi... Dari Kinaminji ke Kinayasnain, apa yang berubah? Atau sama je?

Hmm... susah juga nak describe. Mari Kina kongsikan tentang kerjaya, minat dan hobi. Tiga perkara ni adalah 'core content' dalam blog ni. Jadi, apa yang berubah?

-Tentang Kerjaya-

Of course, masa mula-mula Kina start blog ni, Kina ialah seorang lepasan SPM. Fast forward 2025? I'm a small business owner - Adeqyui Design.

So: Lepasan SPM -> Sambung Diploma -> Office worker -> Latest! Business Owner 🔥 

-Tentang minat-

Eh, alamak. Minat apa ya? Hehe. Setahu Kina, minat yang Kina kongsikan di blog ni lebih kepada buku dan kpop. Jadi? Apa cerita sekarang? Masihkah berminat tentang kpop? Jawapannya ialah... 


*drum roll*


Yup! Masih.

Tapi! Tapi, tak adalah macam dulu ya. Kita just casual listener je sekarang. Perjalanannya macam ni: SHINee -> Exo -> BTS (until now). Macam mana dengan Kdrama dan anime? Yup, still menonton Kdrama dan actually, ditambah dengan Chinese drama,Japanese Drama & Thai Drama. Ini antara yang biasa Kina tonton pada waktu lapang.

Buku? Yes, masih membaca dan still suka membaca. Tapi, ianya telah beralih ke versi digital. Novel, manhwa, manga... digital. Tapi! Tapi yang Kina masih kekalkan ialah support local company, iaitu Kadokawa GempakStarz. Jangan main-main, dah lama tau company tu. Dulu ada juga company besar yang lain seperti Tora Aman dan Comic House. Tapi sayangnya mereka tak dapat bertahan. Jadi, sayang-sayang sekalian. Pergilah support dengan membeli komik fizikal ya.

-Tentang Hobi-

Hobi apakah yang muncul diblog ni? Hmm... Penpal... apa lagi? alamak! Tak ingatlah! Hehe. Maafkan makcik ya sayang. 🤣🤣🤣 (makcikah sangat~)

Kalau tentang penpal, hmm... hanya hobi yang dulu. Sekarang tak dah. Alkisahnya malas nak menulis surat panjang-panjang. Haha. Jadi, hobi apa sekarang? Hmm... susah ya nak kata. Masa yang ada sekarang selalu dihabiskan untuk minat lebih daripada hobi. Maksudnya, masa lapang buat apa? Tonton drama atau baca buku. 🤣 (dan juga main game ya. Yup, Kina masih main game ya.)

Chop! Nak habis dah!

Jadi kesimpulannya, Kina just rindu dengan vibe blog zaman tahun 2010 dulu. Dan Kina decide nak jadikan blog ni seakan diari. Apa ya orang panggil tu? Lifestyle blogger? Ha, lebih kurang macam tu lah.

Kalau korang dah baca sampai bawah ni. Terima kasih ya. Kina akan cuba lebih aktif pada masa akan datang.

Expect update & blog entry tentang: buku, kehidupan seharian, minat & hobi, drama dan apa sahaja yang terlintas di fikiran. Haha. Kina ialah seorang yang sangat random ya.


Baiklah, jumpa lagi nanti!


Bye-bye...

0 Comments

Follow Me On Instagram