Book Of The Day #10 : Detektif Indigo...

Salam...

Hi Buddyz...

So, Lepas slow down sikit semalam... Hari ni kita slow down jugak tapi Kina still review novel (but, in Bahasa) ...

Sebenarnya, Dah lama dah buku ni... Kina beli masa umur 16 tahun... [Dah 5 tahun kau............]

Tapi, tak apa...Yang penting best !!!

Mana tak bestnyer sampai boleh jadi pemenang kategori novel remaja dalam 'Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2004'...
[tengok...lama tak lama kau....10 tahun lepas!!!]

DETEKTIF INDIGO


Penulis : Faisal Tehrani
Penerbit :
Utusan Publications & Distributors SDN. BHD.

Sinopsis :

Mereka Super.

IQ luar biasa dan deria keenam menjadikan mereka detektif Indigo.
Cheng-Chung yang hafiz, Faruk "Si Tahukah Anda" dan Mihrimah pakar sains forensik si perawan tembun dianugerahkan kuasa telepati - pelengkap radas saintifik.

Bersama-sama Ruzbihan yang tajam deria baunya, Zaitun si ahli kimia dan Isamu Nakamura yang mahir ilmu entomologi, mereka menyelesaikan kes rumit mengelirukan:
Pencerobohan, bom, letupan...

Dalam lingkungan kristal azurite dan lapis lazuli mereka ditubi untuk mengoptimumkan IQ dan deria keenam, demi keamanan sejagat.
Ya, keamanan ialah hak sejagat.
Dan jagat sudah hilang batas bangsa, budaya, politik.

Mereka dilatih bukan semata-mata untuk memperalat ilmu dan teknologi bahkan menjelmakan adab dan akhlak diterasi iman dan takwa.

My Special Review :

1 : Cheng-Chung si penggemar Hajime Kindaichi. (Mungkin penggemar bakat yang ada...) Dan itu menjadi titik persamaan antara kami...hehe...

2 : Novel ni mengisahkan tentang anak-anak istimewa yang digelar Indigo.... Mereka selalu dikatakan boleh membawa perubahan kepada dunia...

3 : Apabila si genius berjumpa dengan genius. Ianya menimbulkan perbualan yang diluar kebiasaan... Itulah yang menyebabkan novel ni best...

4 : Serta fakta si 'Tahukah Anda' yang bagaikan ulam. Tak sedap makan nasi tanpa berulam...

5 : Ianya bermain dengan fakta dan fiksyen... Apabila keduanya digabungkan akan menjadi gabungan yang hebat umpama lauk gulai asam bersama sambal belacan...pergh...tak terkata sedapnya...

6 : Buku ni mungkin boleh menimbulkan kesedaran buat para ibu bapa yang mungkin mempunyai anak yang 'istimewa'... Jangan terlalu cepat menghakimi mereka apabila mereka susah mendengar kata dan tidak serasi dengan peraturan..

Mungkin mereka ialah seorang 'Indigo'...

Para ibu bapa - sila lihat anak kecil anda...adakah mereka berperangai aneh? Mungkin lebih dewasa daripada orang dewasa? Mungkin........................

END OF REVIEW


Sejak Kina baca komik Sekolah Detektif Q dan G-Files isu 3...

Kina amat tertarik dengan golongan ini...Mereka mempunyai IQ yang tinggi melebihi manusia normal...Mereka senang faham apa yang mereka pelajari...

Ada juga sesetengah kanak-kanak Indigo ini mempunyai kuasa psikik... atau telepati....mungkin juga melihat masa depan/masa lalu...

Kanak-kanak ini harus dijaga dengan sebaiknya supaya tidak disalahgunakan oleh pihak tak bertanggungjawab....

Ok Buddyz, ni cuma pendapat Kina jer...Kalau salah tu tolong betulkan yer...

footnote : tetiba rasa nak beli buku 'Understanding Your Life Through Color' oleh Nancy Ann Tape... Dan jugak buku 'The Indigo Children, The New Kids Have Arrived' karya Lee Carroll dan Jan Tober. -_-

Wassalam...

0 Comments

Follow Me On Instagram